Usaha dilakukan mentibikan novel adalah utk meningkatkan kembali jualan novel yang menurun dari abad lalu..huhu selain Nora Elena atau Kasih yang Suci yg meletops..yg ni anatara yang aku layan jugak.time yg sesuai coz ditayangkan selepas waktu pejabat....still bleh buat maghrib jugak...
Drama yang dibintangi oleh gandingan Aqasha (Suffian) dan Ayu Raudhah (Raihana). bagi aku satu gandingan yang mantap dan feel yang baik telah diberikan oleh kedua2 watak utama drama bersiri ini.
Gandingan mantap Aqasha dan Ayu Raudhah |
Sinopsis
Sources: http://www.enciknakal.com - mohon share
Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Suke gile dengan Ayu Raudhah punya lakonan...masih hangat lagi tentang kontroversi kisah keluarga suami dan ipar mereka...lakonan yang meyakinkan.Jika dulu Ayu lebih diberi watak gadis ayu dan sopan kali ini lakonan watak Raihana bagi aku agak mencabar Ayu. Mana tak Ayu perlu memainkan watak gadis yang tidak diberikan kasih sayang dari ibu, namun tidak membenci ibu malah terus mengambil hati ibu..gadis yang diburu seorang jejaka yang tidak dikenali lantas perlu dikahwini. Dengan sokongan bapa dan abang yang menyokong serta kawan2 disampingnya menaikkan lagi watak Raihana. Watak ini terus mencabar kerana Raihana adalah penulis Novel. Kebiasaanya penulis ni mood die lain skit...hehehe.
Biodata Ayu Raudhah
NAMA: Raudah Che Wan
NAMA KOMERSIAL: Ayu Raudah
USIA: 23 tahun
TARIKH LAHIR: 7 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Alor Star, Kedah
TINGGI: 158 cm
BERAT: 49 kilogram
Aku memang suke lakonan yang telah diberikan oleh Ayu dalam Gemersik Kalbu. Kontroversi tu kene letak tepi kerana lakonan perlu berdiri atas kaki sendiri. Gemersik Kalbu akan menanti dalam slot 7.00pm - 8.00 TV3 minggu akhir (6.2.2012)..saksikan kesudahannya....
NAMA: Raudah Che Wan
NAMA KOMERSIAL: Ayu Raudah
USIA: 23 tahun
TARIKH LAHIR: 7 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Alor Star, Kedah
TINGGI: 158 cm
BERAT: 49 kilogram
Aku memang suke lakonan yang telah diberikan oleh Ayu dalam Gemersik Kalbu. Kontroversi tu kene letak tepi kerana lakonan perlu berdiri atas kaki sendiri. Gemersik Kalbu akan menanti dalam slot 7.00pm - 8.00 TV3 minggu akhir (6.2.2012)..saksikan kesudahannya....
No comments:
Post a Comment