Pavlova |
Bahan2:
4 biji putih telor ayam..
Secawan gula.. tapi rina guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
Tu je bhn2nya... mudah kannn.
Cara2 membuatnya :
Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..
Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.
Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih
telor aje tau..
Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. putar guna button paling max terus (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula
kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar..sambil masukkan gula
sambil putar..
Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1
sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit
gitu..
Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..
Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati..
Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..
Make sure masa bentukkan adunan tu,
jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.
masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..
Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam.
Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam.
Bahan2 Topping :
Secawan @ 250 ml whipping cream..Non
Dairy (bkn tenusu)..
Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama
gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minitSementara tu jugak, potong buah2an yg nak di gunakan.. rina guna strawberi, anggur hitam dan hijau je..
Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..
rina buat 2 layer, layer pertama rina letak krim
Lapis lagi dgn layer seterusnya..
Tutup lg dgn krim..
Last sekali atur buah2an.. susun ikut kreativiti anda.. siapppp... sejukkan dulu dlm peti ais sblm di mkn..
No comments:
Post a Comment